Tapi malam itu lain. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Dia kelihatan muram. Aku tanyakan mengapa. Dia menjawab, "aku baru kehilangan ibuku". Tanpa sempat aku membalas kata-katanya dia terus melemparkan kata-kata yang merenjatkan akal, emosi dan perasaanku, "aku mahu tidur dulu, harap-harap bangun nanti ada ibuku disebelah memelukku". Aku terus terdiam mendengar kata-kata itu. Tidak tahu apa jawapan yang mampu kuberi. Aku terus diam dan terdiam hingga dia hilang dari pandangan.
**********
Kisah diatas sebenarnya hanya monolog dalaman aku. ya, persoalan kehilangan. Bukan hilang benda yang biasa-biasa, tapi hilang insan yang tersayang. Alhamdulillah aku masih lagi punya mak dan ayah. Moga keduanya sihat. tetapi persoalan ini sering menerjah kotak fikirku. Belum lagi temui jawapan yang bisa benar-benar mententeramkan hati. Selalu saja bila mana persoalan "macam mana nanti kalau mak ayah aku dah takde" terlintas difikiran,jawapan yang pertama timbul dalam hati ini "aku mahu tidur dulu, harap-harap bangun nanti ada ibuku disebelah memelukku".
Allah... aku belum kuat ya Allah..ajarkan aku erti redha dengan takdirMu Panjangkanlah usiaku dan usia kedua ibu bapaku.. Kau sayangilah mereka sebagaimana mereka telah menyayangiku sejak kecil. Amin...
No comments:
Post a Comment