Bersama menghayati erti hidup bermatlamatkan-Nya.

Wednesday 30 January 2013

Allah... Ajarkan aku erti redha....

Malam itu sedang aku duduk sendirian datang satu susuk tubuh kecil menghampiriku. Aku kenal sekali dengannya. Dia teman rapatku malah lebih rapat lagi dari sahabat-sahabatku. Berbual-bual kami seperti biasa membicarakan tentang perkara-perkara berkaitan kehidupan. Topik yang lazim kami bicarakan.

Tapi malam itu lain. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Dia kelihatan muram. Aku tanyakan mengapa. Dia menjawab, "aku baru kehilangan ibuku". Tanpa sempat aku membalas kata-katanya dia terus melemparkan kata-kata yang merenjatkan akal, emosi dan perasaanku, "aku mahu tidur dulu, harap-harap bangun nanti ada ibuku disebelah memelukku". Aku terus terdiam mendengar kata-kata itu. Tidak tahu apa jawapan yang mampu kuberi. Aku terus diam dan terdiam hingga dia hilang dari pandangan.

**********

Kisah diatas sebenarnya hanya monolog dalaman aku. ya, persoalan kehilangan. Bukan hilang benda yang biasa-biasa, tapi hilang insan yang tersayang. Alhamdulillah aku masih lagi punya mak dan ayah. Moga keduanya sihat. tetapi persoalan ini sering menerjah kotak fikirku. Belum lagi temui jawapan yang bisa benar-benar mententeramkan hati. Selalu saja bila mana persoalan "macam mana nanti kalau mak ayah aku dah takde" terlintas difikiran,jawapan yang pertama timbul dalam hati ini  "aku mahu tidur dulu, harap-harap bangun nanti ada ibuku disebelah memelukku". 

Allah... aku belum kuat ya Allah..ajarkan aku erti redha dengan takdirMu Panjangkanlah usiaku dan usia kedua ibu bapaku.. Kau sayangilah mereka sebagaimana mereka telah menyayangiku sejak kecil. Amin...

Wednesday 16 January 2013

Orang ikhlas....bebas..

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... ^_^
Masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam.
Yang mana keduanya adalah nikmat terbesar bagi seorang muslim. Alhamdulillah..

"ORANG IKHLAS ITU BEBAS KERANA DIA HANYA ADA SATU TUHAN UNTUK DISEMBAH"

Masyaallah, satu quote yang terdapat dalam buku Di Mana DIA Di Hatiku hasil tulisan Ustaz Pahrol Juoi. Sungguh,, begitu mendalam sekali ertinya. Kata-kata itu sahaja mampu mentarbiah diri untuk terus memburu ikhlas.

IKHLAS. Satu katadasar yang membawa maksud melakukan sesuatu hanya kerana Allah S.W.T. Mudah ditutur tapi sangat sukar untuk diimplimentasikan dalam diri. Sering saja aku tewas untuk ikhlas dek kerana mahukan penghargaan dan perhatian "tuhan-tuhan kecil".

"tuhan-tuhan kecil"? sabar,, bukan maksud aku mahu mensyirikkan Allah S.W.T. Ianya hanyalah istilah. sering saja aku melakukan sesuatu hanya untuk mendapat perhatian manusia, mahukan sanjungan mahukan pujian. Ya, manusia-manusia itulah tuhan-tuhan kecilku. Astaghfirullah... ampunilah aku Ya Allah.

Aku acapkali terperangkap dalam penjara-penjara pujian, penghormatan dan sanjungan tuhan-tuhan kecil hinggakan aku terasa sakit bila menerima teguran dan kritikan. Aku ingin bebas. Aku ingin bebas dari penjara tuhan-tuhan kecil. Aku ingin bebas dari rasa sakit pabila teguran dan kritikan dilemparkan.

Ya, aku, dia & kamu mampu bebas jika hanya berTuhankan TUHAN YANG SATU, Tuhan yang paling layak disembah, Tuhan dimana setiap harapan disandarkan. Tuhan itu adalah ALLAH, ALLAH, ALLAH..
Kerjakanlah setiap perkara hanya kerana-Nya. Usah ditagih pandangan manusia. Raihlah pandangan Pencipta. Marilah memburu ikhlas kerana ikhlas itu tidak hadir dengan sendirinya.


Tuesday 8 January 2013

Ukhuwwah itu tersangatlah indah..

Alhamdulillah,, alhamdulillah , alhamdulillah..
Terima kasih Allah atas nikmat Iman dan Islam yang telah Kau berikan padaku.
Sesungguhnya nikmat Iman dan Islam adalah nikmat yang terbesar bagi setiap hamba.
Alhamdulillah.. :) 

Yang namanya manusia itu tidak akan mampu hidup jika bersendirian. Kita masih perlu teman-teman, sahabat-sahabat untuk kita berdiri teguh dalam menempuhi warna warni hidup. Hidup akan lebih lengkap dan bermakna jika kita punyai sahabat. Percayalah... :)

Adanya insan bernama sahabat sebenarnya melengkapi diri ini. Kita salah mereka tegur. Mereka salah kita tegur. Saling tegur menegur, saling memperbaiki diri. Tak berjaya kita memperbaiki diri jika sendiri. Iyalah, kita sering melihat diri kita sentiasa baik. Bajet baik.. Tapi pada pandangan sahabat-sahabat pasti ada suatu yang jelek pada kita justeru meraka akan menasihati.

Bersahabatlah kerana Tuhan, kerana Allah. Ikhlaslah dalam bersahabat. Sentiasa "memberi" pada sahabat, jangan harapkan apa-apa balasan. 


Sahabat
Aku sedih kaulah penghibur
Aku sakit kaulah peneman
Aku rebah kau hulurkan tangan
Aku bahagia kau tersenyum
Aku gembira kau join sama
Aku berduit kau mintak belanja
Haha
Aku tak kisah sebab kau sahabat DUNIA AKHIRAT
n_n


Saturday 5 January 2013

Usah Berhenti Berharap

Memang yang namanya manusia itu akan terus diuji, diuji, dan diuji. Sampai bila? Sampai mati jawabnya.. Kenapa kita diuji? haruslah,, Allah nak tiggikan darjat kita la.. Ujian juga mengajar kita erti sabar, redha, dan ikhlas serta mematangkan kita dalam menelusuri ranjau takdir yang telah tertulis di Luh Mahfuz lagi.

Justeru hadapilah segala ujian. Ya, SEGALA UJIAN dengan tabah. Ujian itu warna warni kehidupan kita sebagai insan. Hidup ini akan terasa pudar jika tiada warna yang mengindahkannya kan. So, just face it!!

Dalam menghadapi ujian dan cabaran hidup satu perkara yang paling penting adalah jangan sekali-kali berhenti berharap dengan bantuan Allah. Jika dirasakan ujian yang menimpa terlalu berat hingga melelahkan, pantaslah tadahkan tangan berdoa memohon kekuatan daripada Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Kuat.

Yakinlah, Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hambanya.


#positiflah menghadapi masalah
everything will be fine :)

Friday 4 January 2013

Kesempurnaan milik Tuhan


Sempurna itu milik mutlak Allah S.W.T. Tapi kita manusia perlu ada usaha ke arah kesempurnaan dalam melakukan apa jua perkara. Bukan niat mahu menandingi Tuhan tetapi dengan iltizam "kesempurnaan" kita akan melakukan sesuatu itu sehabis baik. Insya-Allah. n_n



lama sudah menyepi
kini aku kembali
menyampaikan apa yang terbuku di hati
kerna terasa diri ini kurang "memberi"