Bersama menghayati erti hidup bermatlamatkan-Nya.

Wednesday, 16 January 2013

Orang ikhlas....bebas..

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... ^_^
Masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam.
Yang mana keduanya adalah nikmat terbesar bagi seorang muslim. Alhamdulillah..

"ORANG IKHLAS ITU BEBAS KERANA DIA HANYA ADA SATU TUHAN UNTUK DISEMBAH"

Masyaallah, satu quote yang terdapat dalam buku Di Mana DIA Di Hatiku hasil tulisan Ustaz Pahrol Juoi. Sungguh,, begitu mendalam sekali ertinya. Kata-kata itu sahaja mampu mentarbiah diri untuk terus memburu ikhlas.

IKHLAS. Satu katadasar yang membawa maksud melakukan sesuatu hanya kerana Allah S.W.T. Mudah ditutur tapi sangat sukar untuk diimplimentasikan dalam diri. Sering saja aku tewas untuk ikhlas dek kerana mahukan penghargaan dan perhatian "tuhan-tuhan kecil".

"tuhan-tuhan kecil"? sabar,, bukan maksud aku mahu mensyirikkan Allah S.W.T. Ianya hanyalah istilah. sering saja aku melakukan sesuatu hanya untuk mendapat perhatian manusia, mahukan sanjungan mahukan pujian. Ya, manusia-manusia itulah tuhan-tuhan kecilku. Astaghfirullah... ampunilah aku Ya Allah.

Aku acapkali terperangkap dalam penjara-penjara pujian, penghormatan dan sanjungan tuhan-tuhan kecil hinggakan aku terasa sakit bila menerima teguran dan kritikan. Aku ingin bebas. Aku ingin bebas dari penjara tuhan-tuhan kecil. Aku ingin bebas dari rasa sakit pabila teguran dan kritikan dilemparkan.

Ya, aku, dia & kamu mampu bebas jika hanya berTuhankan TUHAN YANG SATU, Tuhan yang paling layak disembah, Tuhan dimana setiap harapan disandarkan. Tuhan itu adalah ALLAH, ALLAH, ALLAH..
Kerjakanlah setiap perkara hanya kerana-Nya. Usah ditagih pandangan manusia. Raihlah pandangan Pencipta. Marilah memburu ikhlas kerana ikhlas itu tidak hadir dengan sendirinya.


3 comments:

  1. ikhlas itu sukar dilihat...ibarat semut hitam yg berada di atas batu yg hitam di malam yg kelam..

    ReplyDelete
  2. yup, selamanya diri ini takkan dpt melihat ikhlas. sebab walau hanya sekilas kita merasakan diri sudah ikhlas, hakikatnya kita belum ikhlas. betulkah?

    ReplyDelete
  3. ade betulnye...
    mencari ikhlas itu...

    ReplyDelete