Bersama menghayati erti hidup bermatlamatkan-Nya.

Monday 11 March 2013

The Power of TRUST

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan Allah kepada kita hingga detik ini.
Syukur juga kerana masih diberi kesempatan untuk meng'update' blog yang dah sebulan lebih rasenye tak di kemas kini. hurhurr...

TRUST. One words with simple meanings but have a GREAT power.

Saat jatuh, kesusahan, kedukaan, insan pastinya akan tercari-cari semula sumber kekuatan. Kekuatan itu hanya akan diperoleh jika 'Trust' itu wujud. 'Trust' biasanya disandarkan kepada sesuatu. Dalam kehidupan 'trust' biasa kita beri kepada rakan-rakan dalam jalan cerita persahabatan. 'Trust' diberi kepada ibu bapa dalam jalan cerita kekeluargaan. Tetapi acapkali 'trust' itu disandarkan kepada  manusia masih lagi terasa kelompongan di dalam jiwa. 'Trust' kepada manusia hanya untuk perkara-perkara tertentu sahaja, sementara.



Kelompongan itu akan terisi jika kita meletakkan 'trust' kepada Allah S.W.T. Ya, Trust kepada-Nya 100%. Kenapa perlu 'trust' kepada Allah S.W.T? Jawapannya mudah, kerana Dialah pencipta kita. Dia lebih tahu mana yang lebih baik untuk kita. YAKIN padaNya akan melahirkan satu kekuatan secara automatik yang mana mampu mengubah si kalah menjadi juara, sedih menjadi gembira, gelisah menjadi tenang malah si miskin bisa menjadi kaya dengan YAKIN pada Allah S.W.T. YAKINLAH!!

Allah berfirman di dalam hadis Qudsi:

“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”
(Riwayat Tarmizi)

Teman, Allah itu dekat dengan hamba-Nya. Yakinlah...
Mahukan kekutan? Kuncinya TRUST.
Trust to who? Trust to ALLAH S.W.T


Allah Engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah Engkau biarkan
Hamba-Mu menangis
......

No comments:

Post a Comment