Bersama menghayati erti hidup bermatlamatkan-Nya.

Sunday, 1 July 2012

Bagaimana Aku Dia & Kamu melihat??

Ku biar gambar bicara....
(sumber: Uncle Google)

Assalamualaikum W.b.t
Nah~ Pernah lihat ini gambar? Mesti pernah kan. Aku sendiri pernah tengok kat fb, kamu pun sama kan?
Apa aku nak story pasai gambar ni? Ha~ nak stat la ni..Sebenarnya aku ingin mengubah cara kita melihat.
Jika kamu lihat gambar di atas sekali imbas mesti kamu tertawa (termasuk aku). Iyalah, tak ke pelik orang masuk dalam tong dram, atas moto pulak tu.. hahaha,,, (gelak sebelum bertaubat).

Tapi, selepas diteliti betul-betul....Mesti ada sebab kenapa makcik tu berbuat demikian.

Ali: hahaha,, makcik ni saje nak femes.. kan dah masuk fb. kau ade??

Abu: ni mesti laki dia marah, tu yang nak malukan bininya satu kampung. ish3...

Ahmad: separuh badan orang tu dalam tong mana korang tau lelaki ke perempuan. hahaha

Amat: tak kisah la siapa dalam tong tu, lelaki atau perempuan. Yang penting dia seorang yang hebat, seorang yang berani. Kenapa? katakanlah orang tu isteri kepada pakcik yang menunggang. Mungkin mereka hendak ke kebun menoreh. Nak bawa tong dengan motor, muatan penuh pulak tu, tentunya sukar.. Hendak berulang ke rumah akan menambah kos. jadi si isteri dengan rela hati sanggup berbuat seprti gambar di atas untuk membantu suaminya dengan menghiraukan rasa malu. Hebat kan?

ha... dalam empat2 jawapan kat atas mana satu jawapan kamu?? Jawapan aku yang ke empat jawapan si Amat.

Don't judge a picture by its picture
Jangan bersangka buruk
Lihat sesuatu dengan mata hati
Moga menjadi ibrah untuk aku dia & kamu



p/s: aksi di atas tetap salah disisi undang-undang dunia


No comments:

Post a Comment