Bersama menghayati erti hidup bermatlamatkan-Nya.

Friday, 20 July 2012

Ramadhan kareem...

(chumelnya ini budak.... bila mau ada anak ni. haha)

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah.. akhirnya telah tiba bulan tarbiah bulan dimana syaitan dibelenggu, pintu-pintu syurga di buka, ganjaran amalan digandakan, bulan rahmat, bulan penuh keberkatan.. Alhamdulillah.....

1 Ramadhan aku menyambutnya dengan keluarga di rumah kat felda layang-layang. Bersama-sama aku meredah angin lintang angkara bas dan lori di hiway, zukarnain, sahabat TIM (Teratak Imam Muda) yang bersama2 menyambut ramadhan di rumah aku. Alhamdulillah....

Moga-moga aku dia & juga kamu merebut ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan Allah pada Ramadhan kali ini. Moga menjadi Ramadhan terbaik dari ramadhan-ramadhan sebelumnya. Insyaallah...

Bulan Tarbiah
Pesta Ibadah
Usah sibuk membeli-belah
(^_^)V


Saturday, 14 July 2012

Jom segarkan otak!!

Assalamualaikum W.B.T
Mengapakah aku makin lambat pikap dalam kelas? Teruk bebeno.. Maybe dah berkarat urat saraf kat otak ni.. Hmm,, so i get several solution from the internet..

Antara game-game yg boleh menyehatkan IQ

Tapi aku failed main si rubic dengan sudoku ni.. Nampak tak tahap kebengapan aku di sini. huhu

So, my alternative way is...

 Try to design Dark Sensor switch and Relay Clap Switch.
And the result for Relay Clap Switch...
one of the capacitor was.... POPP!! huhu

Takpe2,, "practice make perfect". Moga-moga dapat menghilangkan karat-karat dalam otak ni. Amin..


DUIT...

D-doa
U-usaha
I-ikhtiar
T-tawakkal

Sunday, 1 July 2012

Bagaimana Aku Dia & Kamu melihat??

Ku biar gambar bicara....
(sumber: Uncle Google)

Assalamualaikum W.b.t
Nah~ Pernah lihat ini gambar? Mesti pernah kan. Aku sendiri pernah tengok kat fb, kamu pun sama kan?
Apa aku nak story pasai gambar ni? Ha~ nak stat la ni..Sebenarnya aku ingin mengubah cara kita melihat.
Jika kamu lihat gambar di atas sekali imbas mesti kamu tertawa (termasuk aku). Iyalah, tak ke pelik orang masuk dalam tong dram, atas moto pulak tu.. hahaha,,, (gelak sebelum bertaubat).

Tapi, selepas diteliti betul-betul....Mesti ada sebab kenapa makcik tu berbuat demikian.

Ali: hahaha,, makcik ni saje nak femes.. kan dah masuk fb. kau ade??

Abu: ni mesti laki dia marah, tu yang nak malukan bininya satu kampung. ish3...

Ahmad: separuh badan orang tu dalam tong mana korang tau lelaki ke perempuan. hahaha

Amat: tak kisah la siapa dalam tong tu, lelaki atau perempuan. Yang penting dia seorang yang hebat, seorang yang berani. Kenapa? katakanlah orang tu isteri kepada pakcik yang menunggang. Mungkin mereka hendak ke kebun menoreh. Nak bawa tong dengan motor, muatan penuh pulak tu, tentunya sukar.. Hendak berulang ke rumah akan menambah kos. jadi si isteri dengan rela hati sanggup berbuat seprti gambar di atas untuk membantu suaminya dengan menghiraukan rasa malu. Hebat kan?

ha... dalam empat2 jawapan kat atas mana satu jawapan kamu?? Jawapan aku yang ke empat jawapan si Amat.

Don't judge a picture by its picture
Jangan bersangka buruk
Lihat sesuatu dengan mata hati
Moga menjadi ibrah untuk aku dia & kamu



p/s: aksi di atas tetap salah disisi undang-undang dunia


Aku Blogger Baru

Tanggal 1JULAI 2012 dunia menyaksikan kelahiran seorang blogger baru iaitu Aku. (haha)Nafsu yang membuak-buak untuk berbelog tak dapat dibendung lagi lalu wujudlah blog AkuDiaKamu ni. Sebelum ni aku just blog walking saja so,, jeles kot tengok orang semua berbelog,, aku nak jugak. Akhirnya alhamdulillah hari ini aku diberi kekuatan oleh Allah untuk mewujudkan blog ni. Apa skop blog ku ini. Iyalah,, ada blogger yang suka tulis pasai cinte, politik, diri sendiri, gosip artis dan lain2. But i respect those write about religions. Aku pula?? nah~ tunggu saja post2 akan datang,, yang pasti ianya tentang Aku Dia & Kamu.. Wassalam...

""!!selamat berbelog!!""